Oct 26, 2014

Mungkin Anda Perlu Baca Ini ?

Jika waktu anda membuka artikel di blog ini adalah pada waktu pagi, ingin sekali penulis artikel ini ingin mengucapkan selamat pagi(JAJAJA lanja aq sarapan pagi xD telo separuh masak nyam2 xDDDDDDD) .............

Jika waktu anda membuka artikel di blog ini adalah pada waktu tengah hari, ingin sekali penulis artikel ini ingin mengucapkan selamat tengah hari(meh lanja saya makan jajaja xD) ........

Jika waktu anda membuka artikel di blog ini adalah pada waktu malam hari, ingin sekali penulis artikel ini ingin mengucapkan selamat malam(tido elok - elok meng xD) ........ dan begitu juga sebaliknya pada waktu tertentu :") .......


Mungkin anda sebagai seorang pemain yang bermain di dalam server samp 1 Malaysia ini perlu membaca artikel ini. !

Mungkin anda sebagai seorang pemain yang bermain di dalam server samp 1 Malaysia ini tertanya - tanya mengapa server samp 1 Malaysia ini, bila mana kita lihat pada sudut pembangunan mode permainan tiada pembaharuan yang dilakukan terhadap mode permainannya........ !


Disini secara ringkasnya adalah bermaksud bahawa server samp 1 Malaysia ini jarang di update !!!

Tetapi KENAPA !!!

Bagi menjawab persoalan di atas ! 

Disini adalah amat ditegaskan bahawa insan yang bertanggungjawab dalam membangunkan server samp 1 Malaysia ini kelihatan sibuk dengan kehidupannya ! iaitu yang tidak lain dan tidak bukan ialah REAL LIFE ! ..... 

Kami ingin meminta maaf sekiranya kami tidak dapat menyediakan suasana mode permainan yang menyeronokkan untuk para pemain yang kami kasihi dan sayangi. Namun begitu, apa yang pasti adalah kami akan sentiasa memastikan bahawa server samp 1 Malaysia ini akan tetap wujud melalui platform SAMP ini sendiri !.

Di bawah ini, terdapat sedikit coretan daripada hati insan yang bertanggungjawab membangunkan server samp 1 Malaysia akan berkaitan tentang plan pembangunan server samp 1 Malaysia ini. ~ ! :")




latest news samp server development.txt - Notepad
kadang2 tu rasa nk buat mcm system mmorpg ... yang ada stat lapar, stat attack rate , stat defend rate, .. and then kalauboleh tu setiap player tu ada stat yang berlainan dengan menggunakan random function ... cara ini akan menjadikan feature tersebut lebih unik daripada server yang lain. player akan rasa batak untuk memiliki stat sebegini.... tetapi tidak tahubilakah ciri seperti ini dapat diimplent di dalam server samp 1 m tersebut.


1/10/2014 - ada juga keinginan untuk menghostkan server dengan menggunakan vps yang networknya menggunakan data center Asia. Agar server tersebut dapat dilihat lebih unik kerana mempunyai ping yang rendah...tidak kira lah server tersebutmempunyai ciri ciri mode permainannya yang terhad tetapi dengan ping yang rendah ianya akan menjadikan server tersebutmempunyai kelebihan dari segi ping xD ... good ping, good latency ... better gameplay xD. 


Feature car ownership pun tak siap lagi.... development terhenti ... saving system kereta untuk setiap player dah siap..tetapi tulis mcm tu je dekat dalam file player xD bende tu buat semak je running dekat dalam server buat masa sekarang nix tahu bile bende tu nk disiapkan...punca utama tak siap sebab malas nk listkan kereta yang nk dijual xDD kekekeke ...nantikan je lah ... bergantung pada mood juga tetapi tengok dari gaya ... mcm malas nk siapkan je xD ahahaha. too much excuse babe xD. start script feature ni dari bulan 3 tahun 2014 skrng dh bulan 10 tahun 2014...memang dh tinggal lama,kalau tengok script tu pun balik kene ambik masa untuk fahamkan balik xD hahaha adeh. 


ada mcm2 lagi idea tetapi masa tidak mengizinkannya untuk direalisasikan !!! 





Sampai disini sajalah kesudahannya artikel yang tak seberapa ini. Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk membaca artikel ini ! Malaysia Boleh JEAH !




Aug 25, 2014

NUKILAN KHAS DARI ARYZAL

25 AUGUST 2014. 

NUKILAN KHAS BUAT PARA PEMAIN DAN 'HATER' DIBAWAKAN KHAS OLEH : ARYZAL



    Di sini , di waktu ini , dan sudah pasti sebagai para pembaca , anda mungkin tertanya - tanya , mengapakah halaman ini diwujudkan. Secara ringkasnya,halaman ini hanyalah luahan kata - kata dan pendapat dari seorang insan yang bertanggungjawab dalam membangunkan 'server' ini.Sejak akhir-akhir ini , seperti bagaimana yang anda dapat lihat , sudah pasti anda semua mengetahui bahawasanya 'server' tercinta ini di serang dari pelbagai sudut dan cara. Hal ini sangat menyedihkan kerana hal seperti ini tidak seharusnya berlaku khususnya kita sebagai seorang rakyat malaysia yang hidup dengan pelbagai bangsa,agama dan budaya.Aktiviti mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut hanya mengundang dan memberi masalah kepada insan - insan yang lain.Tetapi persoalannya di sini , mengapakah mereka bertekad untuk terus menerus menyerang 'server' tercinta ini.

    Bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan di atas, saya secara peribadi mengatakan bahawasanya mereka yang bertindak untuk melakukan serangan ke atas 'server' ini kerana mereka dengki akan keistimewaan yang terdapat pada 'server' yang tercinta ini. Saya dapat menyakinkan bahawa 'server' ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Malahan , apabila kita melihat sendiri sesetengah 'server' yang ada di dunia samp ini , setiap satunya mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Keistimewaan yang ada pada setiap server ini dapat dilihat melalui pendekatan mod permainan yang digunakan , ada sesetengahnya hanya tertumpu kepada mod permainan yang berasaskan 'roleplay' misalnya. Di dalam mod permainan 'roleplay' ini sendiri hanya tertumpu kepada permainan yang diadaptasi dari dunia sebenar.Sebagai contoh , pemain diminta untuk bermain watak yang mempunyai umur,jantina,tempat tinggal dan hal - hal yang ada di dunia sebenar .Akan tetapi , bukan hanya setakat mod permainan 'roleplay' sahaja yang ada di dunia 'samp' ini , terdapat juga mod permainan seperti 'freeroaming','drifting','deadmatch','stunt','trucking' dan 'piloting'.Tetapi saya tidak akan menerangkan kesemuanya kerana daripada nama sahaja kita sudah dapat mengetahui apakah yang ada disebalik nama mod permainan tersebut.


   Bila membincangkan soal keistimewaan yang terdapat di dalam 'server' tercinta ini ialah gambaran pertama adalah 'server' ini boleh dikatakan kosong dan tak bermakna.Akan tetapi , dengan kehadiran pemain yang bermain dan menyokong 'server' ini sejak dahulu lagi menyebabkan lahirnya rasa istimewa ke atas 'server' ini.
Tetapi ternyata bukan sebab itu sahaja yang menyebabkan 'server' ini istimewa.Terdapat lagi perkara - perkara lain yang menyebabkan 'server' ini istimewa.Antaranya ialah , melalui kewujudan 'server' ini , terjalinlah satu hubungan persahabatan yang erat diantara pemain.Namun demikian,tidak semua pemain dapat merasai keistimewaan ini kerana mereka tidak berpeluang untuk merasainya.Kegagalan sesetengah pemain untuk merasai keistimewaan ini adalah disebabkan mereka telah bertemu dan berkenalan dengan golongan yang tidak reti menghormati orang dan secara ringkasnya,golongan ini adalah golongan yang kurang kasih sayang.Golongan sebegini hanya tahu untuk mencetuskan pergaduhan.Sebagai contoh,mereka gemar untuk mengganggu pemain lain,mengutuk mereka,memaki hamun mereka dan membuli mereka sehingga si mangsa tidak tenang.Maka berlaku hal yang tidak diingini seperti pergaduhan di laman sesawang dan aktviti memaki hamun sesama sendiri.

    Selain daripada itu, antara keistimewaan yang dimiliki oleh 'server' ini ialah kemampuan 'server' ini untuk membolehkan pemainnya untuk berimaginasi melalui objek - objek yang wujud di dunia samp.Yang dimaksudkan berimaginasi melalui objek - objek yang wujud di dunia samp ini ialah para pemain boleh mencipta sesuatu struktur menggunakan objek - objek yang wujud di dunia samp.Sebagai contoh,sesetengah pemain gemar akan ciri seperti ini kerana mereka mampu untuk mencipta struktur yang mereka mahukan seperti membina sebuah rumah,taman,pulau dan sebagainya.Melalui ciri seperti ini pemain bukan sahaja hanya setakat bermain tetapi mereka dapat bermain sambil berimaginasi dan dapat mengasah kreativiti yang mereka ada.Hampir keseluruhan pemain yang bermain di 'server' ini mempunyai tahap kreativiti yang tinggi.Hal ini dapat dibuktikan apabila sesetengah struktur yang dibina oleh setiap pemain ternyata unik dan berbeza antara satu sama lain tidak kiralah dari segi lokasi,cara seni bina dan pemilihan objek.

   Disamping itu, 'server' tercinta ini juga boleh dikatakan mempunyai budaya yang sangat unik dimana apabila anda dikenali dan disayangi oleh para - para pemain yang lain , mereka akan meraikan kehadiran anda di dalam 'server' ini.Hal menyebabkan timbul rasa 'sweet' di dalam diri pemain.Terdapat juga aktiviti lain yang dilakukan di server ini yang membuatkan server ini istimewa.Antaranya ialah acara 'convoy' yang dianjurkan oleh pemain itu sendiri.Apabila anda seorang yang berpengaruh dan dikenali,acara -acara kecil sebegini sememangnya akan mendapat sambutan dari para pemain yang lain,kerana mereka tahu pemain yang dikenali dan dipercayai mampu untuk menganjurkan sesuatu aktiviti yang diakhiri dengan kepuasan.'Event - event' yang dianjurkan oleh 'admin-admin' tidak kurang hebatnya juga , 'event-event' yang dianjurkan oleh 'admin-admin' ini amat ditagih oleh pemain.Hal ini ternyata benar , kerana suatu masa dahulu , apabila tiada 'admin' yang menganjurkan 'event' yang biasa dianjurkan , ada pemain yang tertanya - tanya akan 'event' tersebut dan tidak menjadi kehairanan , mereka juga mendesak serta memujuk para 'admin' yang tidak pernah kurang baik hatinya untuk menganjurkan 'event' yang menjanjikan hadiah yang menarik lagi gempak serta 'deboooom'! Namun begitu,apabila acara - acara sebegini dianjurkan , maka secara tidak langsung wujudnya satu golongan pemain yang tidak mampu untuk memberikan kerjasama dan berkelakuan buruk dengan niat untuk menggagalkan sesuatu aktiviti.Hal seperti ini , sedikit sebanyak mengganggu ketenteraman dan dinasihatkan kepada sesiapa yang bersikap seperti ini , tolongalah bertimbang rasa , kita hanya mahukan satu suasana permainan yang aman,berjalan lancar, dan tidak mengganggu emosi pemain.Tetapi malangnya,hal seperti ini , seolah - olah tidak berpenghujung dan berkesudahan.

   Kesimpulannya,'server' tercinta ini sahaja bukan diserang dari luaran malah dalamannya juga terjejas.Hal ini kerana , tercetusnya satu aktiviti yang berlaku sejak akhir-akhir ini di mana terdapat satu golongan manusia yang bertindak untuk mewujudkan sebuah server yang hampir keseluruhan ciri - cirinya ditiru bulat - bulat daripada 'server' tercinta ini.Hal sebegini benar - benar mendukacitakan.Sudah luakkah idea-idea mereka sehingga mereka bertindak meniru sebulat - bulatnya.Sudahlah menyerang secara luaran , inikan pula dalamannya hendak ditiru.Apakah golongan sebegini benar - benar dengki,cemburu dan berdendam akan keistimewaan yang 'server' ini miliki.Buat golongan - golongan manusia yang bertindak menyerang 'server' ini , kami berharap kalian dibukakan minda dan pintu hati agar kalian sedar bahawasanya kalian telah melakukan sesuatu yang tidak manis. Namun begitu,kami tidak gentar akan serangan ini dan kami akan terus tabah dan beristiqomah untuk mengekalkan kewujudan 'server' tercinta ini.

  










Sep 18, 2013

Need Mapping License ?



Title say it all ... So if you need mapping license ... You can request it at forum ... Make sure you are using the valid template to request the mapping license or your thread will be ignored.


Forum Link : http://gtasa-mp1malaysia.boards.net/



May 30, 2013

Mapping Tutorial (English & Malay)


Dont Forget To Ask For Mapping License From Admin 


ENGLISH VERSION !!!!



Today Im going to teach you how to mapping






/co [id] :Example /co 786 (Object Id 0 Created) This Id is needed to /mvo,/rto,/do and /copyobject



How to move an Object /mvo [id] [direction] [distance] [speed]

Also Can up,down,west,north,south,east <this is the direction
Example /mvo 0 north 1 1
Also can /mvo 0 north 0.1 1
And /mvo 0 north -0.1 1


Now Rotate An Object /rto [id] [Float:X] [Float:Y] [Float:Z]

Example /rto 0 0 0 90


Now Destroy An object /do [id]

Example /do 0
Destroy all object you created /dao
Example: /dao


Now Last part Copy object /copyobject [id]

Example /Copyobject 0
(Id 1 has been created) < with the same preferences of object id that is copied


That All Thank



MALAY VERSION!!!!



Ramai budak samp x tau cmner nk co

disni saya ingin mengajar awak
start coing bende mudah dulu





Kalau internet lambat boleh (/search) dlm samp



Bagaimana menggunakannya:



/co [id] :contoh /co 786 (Object ID 0 Created) <Nih Id yng di perlukan untuk /do,/mov,/copyobject dan /rto. Akan aq terangkan nanti



cara move object - /mvo [id] :contoh /mvo 0 up 1

Mov down,up,east,west,north,south < dlm samp ada radar kan pndai pndai la


Cara rotate object - /rto [id] [kestabilan] [kecondongan] [brapa darjah] :contoh /rto 0 0 0 90



-Cara hapuskan Object /do [id] :contoh /do 0

delete all object /dao


-Cara copy object, hasilkan object yg sama dengan siap rotate dia

/copyobject [id] :contoh /copyobject 0
nnti ada kluar > Id 1 has been created


-Satu lagi korang boleh /mov 0 down 0.3,0.03 < boleh wat perpuluhan negatif pun boleh

:Contoh /mov 0 down -0.3



ALERT !!!!


-you can use /saveobject to save mapped object

-use /loadobject to load your mapped object


Khas untuk player server lain yang melihat tutorial dari blog 1M .
Jangan sesekali bangangkan sendiri anda dengan meniru tutorial ini . Tidak kiralah script mapping berbeza,cuba jadikan diri anda seorang yang kreatif demi server anda. Sekiranya anda ingin meniru, mintalah kebenaran dan janganlah jadi bengang meniru tanpa kebenaran pihak 1M , Kami tidak melarang anda untuk membuat tutorial tetapi jadilah seorang yang kreatif . Sekiranya anda meniru tanpa pengetahuan kami . Terpulanglah kepada anda untuk bengangkan diri sendiri ..



Sekian Trimas #https://www.facebook.com/groups/gtasamp1malaysiaserver/